Syukur kehadrat illahi kerana masih memmberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan fisabilillah dengan harapan dan dorongan dari keluarga dan sahabat handai saya masih boleh belajar dan menulis blog yang tidak seberapa ini. Walaupun entri ini baru sahaja di buat tetapi ianya bermakna untuk memberi beberapa kilas pandangan atau overview terhadap subjek ctu 551.
Permulaannya iaitu pada awal 1-3 minggu, saya pun tidak mengetahui yang kami pelajar yang mengambil subjek ini perlu membuat blog projek sedangkan pelajar kelas yang lain tiada pula keperluan untuk membuat blog. Hanya pada akhir bulan 9 itu baru beringat untuk membuat blog ini. Walhal telah diberitahu bahawa kelas ustazah mahfuzah mesti ada blog untuk menerangkan tentang kajian atau projek yang akan di jalankan oleh setiap ahli kumpulan masing-masing.
Saya awalnya pun masih kurang jelas apakah jenis blog yang dikehendaki misalnya adakah memerlukan imej bergerak, bunyi atau skrol interaktif. Apabila dia tanya kawan-kawan mereka pun tidak mampu memberikan jawapan yang spesifik mengenai jenis blog yang dikehendaki. Pendek kata saya pun tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan blog. Ini mungkin disebabkan tidak hadir pada awal-awal minggu kuliah tersebut.
Blog ini tergendala hampir sebulan sebelum di tambah input kerana sibuk dengan tugasan-tugasan lain subjek lain yang diambil seperti test, presentation, interview dan lain-lain hal. Malah semenjak akhir-akhir ini boleh dikatakan sentiasa tiada masa untuk membuat aktiviti riadah kerana sibuk dengan hal pembelajaran. Apa pun blog ini akan terus di tambah maklumatnya apabila ada benda baru yang hendak di ceritakan
 |
| Permintaan awal yang ditolak pada 23/10 |